Sunday, January 30, 2011

Perodua Myvi 2011(Spy Shoot)


Akhirnya kami dapat juga gambar spy shoot untuk kereta Perodua Myvi yang dijangka akan dilancarkan  pada tahun ni 2011 pada bulan May - June.Myvi keluaran baru ni akan mengunakan enjin 1.5 DVVT iaitu sama dengan enjin yang terdapat pada Perodua Alza.

Apa-apa pun, harap harga Myvi yang baru ini tidak melebihi RM60k.Go Perodua!!!!!!











Sunday, January 23, 2011

Kes Penipuan Secara Terbuka

 





Kepada korang yang selalu pergi Time Square kat Jalan Imbi Kuala Lumpur mesti korang pernah terserempak dengan sekumpulan remaja yang berada di jejantas Time Square, tahukah anda yang mereka adalah dari sebuah sendikit penipuan gores dan menang.Cara mereka melakukan penipuan mudah saja:









1)Menghampiri mangsa dan suruh mangsa menbuka card/sampul surat seperti gambar diatas(gambar mungkin berbeza)


2)Card tersebut akan ditulis "Special Gift"


3)Satu aksi lakonan terkejut akan dilakukan oleh mereka, mereka akan memberitahu yang anda adalah pemenang special gift sambil melompat kegembiraan(lakonan mereka memang mantap)


4)Mereka akan hubungi supervisor mereka dan beritahu yang mereka dah dapat pemenang.


5)Selepas itu mereka akan tahan teksi untuk si mangsa dan suruh mangsa pergi ke office untuk dapatkan hadiat tersebut, salah satu daripada mereka akan ikut bersama ke office yang terletak di
Starr Healthcare (m) Sdn. Bhd.
No 41-2, Jalan 1/116B Kuchai Entrepreneur's Park,
Off Jalan Kuchai Lama 



6) Selepas sampai ke office,si mangsa akan jumpe seorang supervisor dan ayat-ayat manis dan janji-janji manis akan dilontarkan pada si mangsa sampai si mangsa setuju untuk buat bayaran untuk hadiah tersebut.


Kalau tak silap kes penipuan ni masih lagi dilakukan di jejantas Time Square dan tempat-tempat lain seperti The Curve dan KL Sentra, kepada mereka diluar sana sentiasa berwaspada dan jangan biar sikap Tamak menpengaruhi kita. 

Tuesday, January 11, 2011

Kapal Terbang AirAsia Terbabas Di Lapangan Terbang Kuching.




Kapal terbang AirAsia AK5218 dari Kuala Lumpur ke Kuching terbabas dari landasan pada jam 10.20pm semalam.Kejadian menyebabkan 4 penumpang cedera ringgan dan dihantar ke Hospital Umum Serawak untuk mendapat rawatan.Buat masa sekarang punca kemalangan tersebut mash belum dikenal pasti, punca kemalangan mungkin disebabkan hujan lebat atau masalah teknikal pada roda pendaratan.