Sunday, January 23, 2011

Kes Penipuan Secara Terbuka

 





Kepada korang yang selalu pergi Time Square kat Jalan Imbi Kuala Lumpur mesti korang pernah terserempak dengan sekumpulan remaja yang berada di jejantas Time Square, tahukah anda yang mereka adalah dari sebuah sendikit penipuan gores dan menang.Cara mereka melakukan penipuan mudah saja:









1)Menghampiri mangsa dan suruh mangsa menbuka card/sampul surat seperti gambar diatas(gambar mungkin berbeza)


2)Card tersebut akan ditulis "Special Gift"


3)Satu aksi lakonan terkejut akan dilakukan oleh mereka, mereka akan memberitahu yang anda adalah pemenang special gift sambil melompat kegembiraan(lakonan mereka memang mantap)


4)Mereka akan hubungi supervisor mereka dan beritahu yang mereka dah dapat pemenang.


5)Selepas itu mereka akan tahan teksi untuk si mangsa dan suruh mangsa pergi ke office untuk dapatkan hadiat tersebut, salah satu daripada mereka akan ikut bersama ke office yang terletak di
Starr Healthcare (m) Sdn. Bhd.
No 41-2, Jalan 1/116B Kuchai Entrepreneur's Park,
Off Jalan Kuchai Lama 



6) Selepas sampai ke office,si mangsa akan jumpe seorang supervisor dan ayat-ayat manis dan janji-janji manis akan dilontarkan pada si mangsa sampai si mangsa setuju untuk buat bayaran untuk hadiah tersebut.


Kalau tak silap kes penipuan ni masih lagi dilakukan di jejantas Time Square dan tempat-tempat lain seperti The Curve dan KL Sentra, kepada mereka diluar sana sentiasa berwaspada dan jangan biar sikap Tamak menpengaruhi kita. 

2 comments:

  1. dah kene dah kat batu pahat...
    terpedaye gak la...
    mase die nak kene bayar kalau dapat hadiah baru sedar...
    on the way ke bank tuk kuarkan duit sempat text membe yg juge polis batu pahat....
    kene tangkap gak mamat cilake tu sebelom sampai bank...
    hahahha

    ReplyDelete